Wednesday, February 24, 2010

Poster: Latest

Sunday, February 14, 2010

Perancangan Aktiviti

Tarikh: 1 November 2010
Hari: Isnin
Masa: 8.00 mlm– 11.00mlm
Tempat: Dewan Chancelor,Universiti Teknologi PETRONAS.


Penceramah:
1) Islam : Hj. Muhammad Abdullah @ Nicholas Sylvester
2) Kristian : Dr William Lau
3) Budhist : En. Vijaya Samarawickrama
4) Hindu : Dr.M.Bala Tharmalingam

Moderator:
Rahmat bin Abu Seman
Eksekutif Kanan
Unit Pentadbiran Masjid UTP

Saturday, February 13, 2010

Dif Kehormat

Datuk Seri Khalid bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Datuk Dr Zainal Abidin bin Haji Kassim
Rektor Universiti Teknologi PETRONAS

Organisasi Pengelola


PENASIHAT
Ustaz Rahmat bin Abu Seman
Eksekutif Kanan,
Unit Pentadbiran Masjid UTP

MAJLIS TERTINGGI


PENGURUS PROJEK
Harith Hasyimi bin Hishamudin
Rakan Masjid UTP

PENOLONG PENGURUS PROJEK 1
David Bong
Residential College Support Services


PENOLONG PENGURUS PROJEK 2

Syed Abdul Haq bin Syed Mad Daud
Student Representative Council UTP

SETIAUSAHA 1

Chia Boon Chung
Friends of IRC

SETIAUSAHA 2

Nur Zahirah
Sekretariat Rakan Muda UTP

BENDAHARI

Nuruddin Korsem
International Student Club

MAJLIS EKSEKUTIF

ACARA DAN PROTOKOL
 Kelvin Ngu
 Peer Helper

PROMOSI DAN PENERBITAN
Mohd Ridhwan bin Mohd Nashir
MEDTECH

TAJAAN DAN PERNIAGAAN
Arif Aizuddin
Rakan Masjid UTP

LOGISTIK
Muhamad Iskandar bin Ismail
Pertubuhan Silat Gayung Serantau Malaysia

PERHUBUNGAN AWAM
Farah Wahidah Mazlan
Electrical and Electronic Student Society

CENDERAMATA DAN MAKANAN
Muhammad Husairi bin Roslan
UTP Society of Automotive Engineer

Objektif

• Menyatukan semua Badan Pelajar dan Kelab-kelab di UTP dalam sebuah program yang melibatkan kolaborasi terbesar di UTP

• Memupuk integrasi masyarakat majmuk di UTP dan seluruh negara

• Melancar dan membantu usaha Pihak Pengurusan UTP dalam merealisasikan sebuah universiti yang harmoni dan bertoleransi

• Melahirkan pelajar yang berkebolehan (well-rounded), merangkumi aspek akademik dan dialog intelektual

Pendahuluan

Sejarah Madinah al-Munawwarah dan pemerintahan Khilafah Islamiyah telah membuktikan bahawa agama bukanlah penghalang dalam membina sebuah masyarakat yang permai. Bahkan agama bertindak sebagai wadah dalam merealisasikan masyarakat yang mampu bertoleransi dalam semua aspek kehidupan

Dewasa ini, agama sering dijadikan sebagai suatu perkara sensitif yang diuar-uarkan kononnya mampu meruntuhkan sesebuah integrasi lantas menjadikan masyarakat kian fobia dengan perbezaan agama. Mengapakah suatu perkara yang sebenarnya mampu menjadi wadah dalam penyatuan dilihat sebagai suatu perkara yang begitu sensitif dan dipandang sepi? Bagaimanakah caranya kita mampu mengatasi masalah ini?

Antara modus operandinya adalah dengan cara kita mengadakan perbincangan antara agama. Sesungguhnya setiap agama itu wujud persamaan, dan persamaan itulah yang akan bertindak dalam menyatu dan memahamkan seluruh masyarakat kampus dan masyarakat luar kampus.

Interfaith Understanding Dialogue (InFUD) ini merupakan inisiatif kesemua Badan Pelajar di UTP dan melibatkan hampir keseluruhan kelab berdaftar yang bergerak di UTP. Program ini juga merupakan program yang pertama kali dianjurkan di UTP dan disifatkan kolaborasi terbesar melibatkan penyertaan seluruh badan pelajar dan kelab-kelab di UTP.

Sesungguhnya kejayaan awal pihak pengurusan InFUD ini merupakan suatu petanda baik yang menunjukkan mahasiswa UTP lebih kehadapan dalam memupuk integrasi kaum dan meraikan perbezaan yang wujud. Hal ini tentunya mampu bertindak sebagai katalis dalam memupuk integrasi masyarakat dan menjayakan wawasan 1Malaysia.