Saturday, February 13, 2010

Pendahuluan

Sejarah Madinah al-Munawwarah dan pemerintahan Khilafah Islamiyah telah membuktikan bahawa agama bukanlah penghalang dalam membina sebuah masyarakat yang permai. Bahkan agama bertindak sebagai wadah dalam merealisasikan masyarakat yang mampu bertoleransi dalam semua aspek kehidupan

Dewasa ini, agama sering dijadikan sebagai suatu perkara sensitif yang diuar-uarkan kononnya mampu meruntuhkan sesebuah integrasi lantas menjadikan masyarakat kian fobia dengan perbezaan agama. Mengapakah suatu perkara yang sebenarnya mampu menjadi wadah dalam penyatuan dilihat sebagai suatu perkara yang begitu sensitif dan dipandang sepi? Bagaimanakah caranya kita mampu mengatasi masalah ini?

Antara modus operandinya adalah dengan cara kita mengadakan perbincangan antara agama. Sesungguhnya setiap agama itu wujud persamaan, dan persamaan itulah yang akan bertindak dalam menyatu dan memahamkan seluruh masyarakat kampus dan masyarakat luar kampus.

Interfaith Understanding Dialogue (InFUD) ini merupakan inisiatif kesemua Badan Pelajar di UTP dan melibatkan hampir keseluruhan kelab berdaftar yang bergerak di UTP. Program ini juga merupakan program yang pertama kali dianjurkan di UTP dan disifatkan kolaborasi terbesar melibatkan penyertaan seluruh badan pelajar dan kelab-kelab di UTP.

Sesungguhnya kejayaan awal pihak pengurusan InFUD ini merupakan suatu petanda baik yang menunjukkan mahasiswa UTP lebih kehadapan dalam memupuk integrasi kaum dan meraikan perbezaan yang wujud. Hal ini tentunya mampu bertindak sebagai katalis dalam memupuk integrasi masyarakat dan menjayakan wawasan 1Malaysia.

No response to “Pendahuluan”

Leave a Reply